NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023

NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023

Naratif Naib Canselor 2023 YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman yang berlangsung pada 15 Februari 2023 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
 
Pada tahun ini sebanyak 7 ikhtiar yang digariskan bagi terus memacu kecemerlangan UPM iaitu :

IKHTIAR 1 : MEMPERTEGUH SUMBANGAN DALAM PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
IKHTIAR 2 : MENJAJARKAN PENYELIDIKAN DAN JARINGAN KE ARAH INOVASI 
SOSIAL
IKHTIAR 3 : MENJULANG PEMERKASAAN MAHASISWA

IKHTIAR 4 : MEMPERKEMAS STRATEGI HIJAU DAN TADBIR URUS YANG BAIK
IKHTIAR 5 : MEMPERHEBAT PENDIGITALAN KAMPUS
IKHTIAR 6 : MENGUPAYA PENJANAAN PENDAPATAN
IKHTIAR 7 : MENYATU KEKUATAN ALUMNI

Antara petikan naratif Naib Canselor berkaitan UPMKB: Pencapaian tahun 2022 : “UPM meneruskan peranan pentingnya dalam pembangunan keterjaminan makanan negara dengan penghasilan produk komersil hasil penyelidikan UPM seperti Padi UPutra, FS FEED, TROPICARP- Red Mahseer Feed Formulation, dan Modification of Starch (Sago Prebiotic)”

Ikhtiar 1 : Memperteguh Sumbangan dalam Pertanian dan Keterjaminan Makanan “Banyak pencapaian dan sumbangan UPM yang telah diraih. Ikthiar Keterjaminan Makanan ini turut dijayakan oleh UPM Kampus Bintulu. Hal ini dapat dilihat projek transformasi padi iaitu AgriHub@Gedong, Sarawak untuk meningkatkan produktiviti padi daripada 2 tan per/hektar kepada 10 tan per/hektar iaitu 5 tuaian setiap 2 tahun dengan menggunakan teknologi perapi tanah dan pertanian pintar . Projek dengan Dana sebanyak RM3 Juta ini diharap dapat membantu Negeri Sarawak menjadi pengeluar makanan dengan bantuan hasil penyelidikan penyelidik UPM. Syabas diucapkan kepada UPM Kampus Bintulu.”

Ikthiar 2 : Menjajarkan Penyelidikan dan Jaringan ke arah Inovasi Sosial. “UPM perlu memainkan peranan yang kuat dan kukuh kepada masyarakat melalui program keusahawan sosial dan inovasi sosial. Dalam menggerakkan inovasi sosial ia perlu dilaksanakan dalam semangat keserakanan bagi usaha pemantapan jaringan antara universiti di kepulauan borneo UPM Kampus Bintulu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Konsortium Universiti – Universitas Borneo (KUUB) yang melibatkan universiti 3 buah negara di Borneo iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei yang akan diterajui oleh UPMKB. Sebanyak 16 Universiti awam dan milik kerajaan telah dikenalpasti untuk menganggotai inisiatif (KUUB) ini dan hasrat penubuhan (KUUB) adalah sebagai salah satu usaha rangkaian kerjasama yang dapat memantapkan taraf pendidikan di kepulauan borneo sekaligus menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai destinasi pendidikan tinggi terulung di rantau Asia”.

UPMKB turut menyertai pameran penyelidikan bagi Kursi Tok Nan, Agrihub@Gedong dan Hab Perhutanan serta produk Sago Prebiotik hasil penyelidikan YBhg. Prof. Dr. 
Shahrul Razid Sarbini. Semoga UPMKB terus Mansang dan terus memacu kecemerlangan UPM bagi "Memahat Gemilang Membingkas Kelangsungan Al-Falah".
 

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdRA4~