Berita Disediakan Oleh : Pn. Siti Noratyirah Kamit, Bahagian Audit Dalam UPM
Serdang, 9 Mac 2026 – Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Bil.1/2026 yang diadakan di Bilik Sidang, Fakulti Kejuruteraan UPM. Mesyuarat ini menghimpunkan pegawai-pegawai audit dalam daripada universiti awam di Malaysia serta wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sebelum memulakan sesi mesyuarat, Bahagian Audit Dalam UPM memulakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Mohd Azis Abdullah dan Encik Mohd Faiz Suparman. Perkongsian ini menumoukan kepada strategi pengurusan audit yang berkesan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan.
Sesi utama diteruskan dengan mesyuarat antara ketua-ketua audit dalam Universiti Awam Malaysia. Perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan professional dan meningkatkan standard audit dalaman di universiti-universiti Malaysia.
Mesyuarat diakhiri dengan majlis berbuka puasa di L’Apprenti UPM. Majlis ini memberi peluang kepada semua untuk berikteraksi secara santai sambil menikmati juadah berbuka bersama.
Tarikh Input: 27/03/2026 | Kemaskini: 27/03/2026 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.