Mesyuarat Jawatankuasa Audit Yang Ke - 81 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang ke - 81

Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang ke - 81

UPM SERDANG, 19 Januari 2022 - Audit Dalam merupakan satu badan yang berfungsi bebas dan berobjektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi(PTJ) . Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia juga memberikan khidmat sokongan dan melaporkan terus pelaporan audit ke Lembaga Pengarah Universiti dan juga Jawatankuasa Audit.

 

Bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan dan penyampaian Bahagian Audit Dalam, mesyuarat Jawatankuasa Audit(JKA) pada tahun 2022 yang pertama telah diadakan pada 19 Januari 2022. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat kali ke 81 yang diadakan sejak penubuhan Bahagian Audit Dalam UPM pada tahun 1993.

 

Mesyuarat ini dianggotai oleh YBhg. Dato' Dr. Hasan Mad selaku Pengerusi JKA , YBrs. Pn. Norashekin Yusof, YBhg. Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail selaku ahli jawatankuasa, dan YBrs. Puan Hajah Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam dan merangkap Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

 

Jawatankuasa Audit ini juga merupakan jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menyiasat sebarang aktiviti, fungsi dan memastikan tindakan preventive dan corrective diambil oleh pihak pengurusan (auditi) supaya kelemahan-kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan dan tidak berulang.

 

Jawatankuasa juga dibenarkan mengumpul, memperoleh maklumat yang diperlukan dari mana-mana kakitangan untuk memberi kerjasama terhadap sebarang permintaan Jawatankuasa Audit. Selain itu, JKA berkuasa meminta pegawai-pegawai Universiti hadir dan memberi keterangan dalam mesyuaratnya dan juga berkuasa meminta auditi untuk mengemukakan dan dokumen yang berhubung kait dengan perkara yang sedang disemak dan perlu maklumbalas.

 

 

BERITA DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA LAMAN WEB AUDIT DALAM

Tarikh Input: 27/01/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFXVAo~