Mesyuarat Jawatankuasa Audit Ke 79 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Audit Ke 79

Mesyuarat Jawatankuasa Audit Ke 79

SERDANG 14 Jul 2021, UPM - Audit Dalam merupakan satu badan yang fungsi bebas dan berobjektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah Organisasi(PTJ) . Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia juga memberikan khidmat sokongan dan melaporkan terus pelaporan audit ke Lembaga Pengarah Universiti dan juga Jawatankuasa Audit.

 

Bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan dan penyampaian Bahagian Audit Dalam, mesyuarat Jawatankuasa Audit(JKA) pada tahun 2021 yang ketiga telah diadakan pada 13 Julai 2021. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat kali ke 79 diadakan sejak penubuhan Bahagian Audit Dalam UPM pada tahun 1993.

 

Mesyuarat ini dianggotai oleh YBhg. Dato' Dr. Hasan Mad selaku Pengerusi JKA , YBrs. Pn. Norashekin Yusof, YBhg. Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail selaku ahli jawatankuasa, dan YBrs. Puan Hajah Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam dan merangkap Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

 

Bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan 3.0 yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, mesyuarat pada kali ini diadakan secara maya antara Jawatankuasa Audit, Bahagian Audit Dalam dan Auditi.

 

Jawatankuasa Audit ini juga merupakan jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menyiasat sebarang aktiviti, fungsi dan memastikan tindakan preventive dan corrective diambil oleh pihak pengurusan (auditi) supaya kelemahan-kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan dan tidak berulang.

 

Jawatankuasa juga dibenarkan mengumpul, memperoleh maklumat yang diperlukan dari mana-mana kakitangan untuk memberi kerjasama terhadap sebarang permintaan Jawatankuasa Audit. Selain itu, JKA berkuasa meminta pegawai-pegawai Universiti hadir dan memberi keterangan dalam mesyuaratnya dan juga berkuasa meminta auditi untuk mengemukakan dan dokumen yang berhubung kait dengan perkara yang sedang disemak dan perlu maklumbalas.

 

BERITA OLEH : JAWATANKUASA LAMAN WEB AUDIT DALAM

Tarikh Input: 14/07/2021 | Kemaskini: 14/07/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFXDAF~