Berita Oleh : Puan Nor Anidah Rosli | Penolong Akauntan Kanan
Serdang, 24 April 2025 – Majlis Jamuan Raya anjuran Bahagian Audit Dalam, UPM telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada hari ini di Pejabat Am, Bahagian Audit Dalam, bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Lebih istimewa, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah UPM iaitu YBhg. Dato' Mohamad Satim bin Diman dan YBrs. En. Mohamad Sabrie bin Mohamad Salleh turut hadir YBhg. Prof.Madya. Dr Anuar Shah Bali Mahomed , Timbalan Dekan Siswazah SPE, YBrs. Pn. Izariahwati Mohd Isa, Bursar UPM dan YBrs En. Azizi Ismail, Ketua Bahagian Governan Dan Integriti.

Majlis ini berjaya menghimpunkan seluruh warga UPM, termasuk Staf dari Bahagian Audit Dalam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Pelbagai juadah tradisional dan moden dihidangkan sepanjang program berlangsung. Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh jalinan kerjasama antara semua pihak.
Pihak Bahagian Audit Dalam merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dalam menjayakan sambutan kali ini.
Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.