Berita Oleh : Nurrul Syakira Bakhtiar | Akauntan
Serdang, 25 Mac 2025 - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan sesi bergambar Hari Raya bertempat di Menara Jam Warisan Budi Putra, UPM. Sesi bergambar ini adalah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H yang bakal menjelang tidak lama lagi. Aktiviti ini bertujuan untuk merakamkan kenangan bersama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja.

Sesi bergambar ini telah disertai oleh kesemua 13 orang staf Bahagian Audit Dalam dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Sepanjang sesi, peserta mengambil peluang untuk bergambar dalam suasana yang ceria dan penuh kemesraan.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan hubungan baik antara staf terus terjalin dalam suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.
Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.