MENJULANG KESOHORAN DAN MEMAKNAI TRUE NORTH UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MENJULANG KESOHORAN DAN MEMAKNAI TRUE NORTH UPM

MENJULANG KESOHORAN DAN MEMAKNAI TRUE NORTH UPM

Berita Disediakan Oleh : En. Mohd Azis Abdullah

 

UPM SERDANG, 24 Januari 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar satu lagi sejarah penting dengan penganjuran Majlis Perutusan Naib Canselor UPM 2025 yang bertemakan “Menjulang Kesohoran dan Memaknai True North UPM”. Majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) turut dihadiri oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), kepimpinan tertinggi Universiti, staf akademik dan pentadbiran serta para pelajar.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam ucapannya menekankan kepentingan Universiti untuk terus cemerlang dalam pelbagai bidang terutama bagi memenuhi keperluan dunia sebenar sehingga menggariskan fokus UPM untuk tahun 2025 bagi mencapai Visi 2050 – True North.

Menjulang Kesohoran UPM - Sebagai Universiti penyelidikan terkemuka, UPM terus komited dalam meningkatkan daya saing global dengan memperhebat kerjasama strategik bersama institusi antarabangsa, memperkasa budaya penyelidikan berkualiti tinggi, serta membangunkan ekosistem akademik yang dinamik.

Memaknai True North UPM - Tema True North UPM merujuk kepada hala tuju sebenar Universiti dalam mencapai matlamat jangka panjang yang berasaskan nilai teras kebitaraan ilmu, kesejahteraan masyarakat dan kecemerlangan holistik. Naib Canselor menegaskan bahawa setiap warga UPM perlu memahami dan menghayati matlamat ini agar setiap usaha yang dilaksanakan selaras dengan identiti dan aspirasi Universiti.

Beliau turut menggariskan 5 strategi utama UPM yang akan digerakkan pada tahun 2025. Dengan semangat Menjulang Kesohoran dan Memaknai True North UPM, Universiti ini terus melangkah gagah dalam menerajui perubahan, memacu inovasi, dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

Tarikh Input: 10/02/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (03:01:18pm-03:06:18pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]