MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Berita Oleh : Jawatankuasa Laman Sesawang Bahagian Audit Dalam

SERDANG 04 OKTOBER 2024 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan kerja semburan asap/fogging di sekitar kawasan SPE.

 

Program semburan kabus (fogging) bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa sebagai langkah kawalan dan pencegahan demam denggi di sekitar kawasan bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE), UPM.

 

Program ini juga dilaksanakan sebagai langkah kawalan dan menjaga kepentingan kesihatan pelajar yang akan mula lapor diri mulai 5 Oktober 2024.

 

Encik Mohd Nasarudin Ismail yang mewakili Bahagian Audit Dalam yang turut serta dalam program ini menjelaskan semburan yang dilaksanakan merupakan semburan telab yang memerlukan setiap warga dibangunan SPE perlu mengosongkan bangunan dan melaksanakan semburan setelah pekerja tamat bekerja.

 

Bahagian Audit Dalam menzahirkan ucapan terima kasih ke atas kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bahagian Audit Dalam bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warganya terjamin.

Tarikh Input: 07/10/2024 | Kemaskini: 07/10/2024 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (02:53:01am-02:58:01am, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]