Meningkatkan Produktiviti Dalam Pekerjaan | BAHAGIAN AUDIT DALAM audit
» BERITA » Meningkatkan Produktiviti Dalam Pekerjaan

Meningkatkan Produktiviti Dalam Pekerjaan

Berita Oleh : Puan Nor Anidah Rosli, Penolong Akauntan, Bahagian Audit Dalam UPM

UPM Serdang, 08 November 2024 -  Bahagian Audit Dalam UPM telah melaksanakan Ujian Pengukuran Fizikal dan Aktiviti Kecergasan  di Dewan Serbaguna, Akademi Sukan UPM. Ujian tersebut telah telah dijalankan keatas 11 orang staf Audit Dalam UPM.

 

Bagi menggalakkan gaya hidup yang aktif, Ketua Audit Dalam menyokong aktiviti dan amalan persekitaran gaya hidup aktif.  Kebaikan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan produktiviti dan daya fokus seseorang pekerja. Aktiviti kecergasan  ini dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian. Ia juga dapat mempertingkatkan harga diri, mengurangkan keresahan dan mengurangkan tekanan mental selain dari mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.

 

Program kerjasama antara Bahagian Audit Dalam UPM dan Akademi Sukan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Bahagian Audit Dalam UPM. Melalui aktiviti yang di jalankan, peserta akan lebih mengetahui keadaan fizikal dan kecerdasan masing- masing. Peserta juga menerima panduan dan pengetahuan tentang aktiviti fizikal dan amalan kesihatan umum yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan.

Melalui aktiviti sihat ini, kita akan tahu keupayaan diri sendiri dan mencabar diri untuk pergi lebih jauh dalam aktiviti kecergasan.

 

Program ini telah diketuai oleh Encik Shahrulnizar bin Nurhalim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan bersama pekerja Bahagian Akademik dan Penyelidikan, Akademi Sukan. Pengambilan data pengukuran fizikal pekerja (bmi, tinggi, berat) serta ujian kekuatan otot, fleksibiliti dan kecergasan kardio telah dijalankan keatas 11 orang warga Bahagian Audit Dalam UPM.

 

Bahagian Audit Dalam merakamkan penghargaan terima kasih kepada akademi sukan atas kesudiaan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang aktiviti ujian pengukuran fizikal dan kecergasan  yang dilaksanakan.

Tarikh Input: 13/11/2024 | Kemaskini: 22/11/2024 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (11:24:59pm-11:29:59pm, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]