Oleh : Zainora Abdul Talib (Ketua Audit Dalam UPM)
Terengganu, 24 September 2019 – Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam (JKAD) yang dianggotai oleh Ketua Audit Dalam 20 buah Universiti Awam telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam Bil 2/2019. Mesyuarat ini telah diadakan di Bahagian Audit Dalam Universuti Malaysia Terengganu (UMT) bermula 24 sehingga 26 September 2019.
Agenda-agenda yang dibincangkan adalah mengenai ke arah meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengauditan di Universiti Awam agar selari dengan standard antarabangsa (International Professional Practices Framework) yang ditetapkan oleh Institut Internal Auditors.
Bagi memastikan setiap amalan terbaik pengauditan di setiap universiti awam dapati dipertingkatkan, Ketua Audit Dalam Universiti Putra Malaysia, Puan Zainora Abdul Talib selaku Ketua Biro Pemantapan Kualiti JKAD telah menyapaikan perkongsian mengenai Audit Opinion Rating yang diamalkan di UPM dan sedikit penerangan mengenai Self Assessment With Independent External Validation (SAIV).
Keanggotaan Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam ini diketuai oleh Ketua Audit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris, Puan Noorulazian Mohd Razali telah dibawa melawat ke Kapal RV Discovery yang merupakan ikon utama UMT bagi sesi bergambar kenangan.
Penerangan mengenai operasi kapal ini telah disampaikan oleh Tuan Afandi bin Abd Ghani@Hasan yang merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Kapal dan BOT (PPPL) yang bertanggungjawab menguruskan operasi, penyelenggaraan, pembelian dan penggunaan bot & kapal UMT.
Tarikh Input: 29/09/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.