MEMPERKUKUH TATAKELOLA DAN KECEKAPAN WANG AWAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMPERKUKUH TATAKELOLA DAN KECEKAPAN WANG AWAM

MEMPERKUKUH TATAKELOLA DAN KECEKAPAN WANG AWAM

Berita Disediakan Oleh : Mohd Faiz Suparman.

 

6 Feb 2025, PUTRAJAYA - Bahagian Audit Dalam UPM turut hadir di Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang telah diluncurkan secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jabatan Audit Negara (JAN) telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sistem e-SelfAudit bagi pengauditan Syarikat Kerajaan dan sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh JAN.

Sebanyak empat garis panduan pengauditan yang baharu telah dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara yang terdiri daripada Garis Panduan Pengurusan Syarikat Kerajaan, Garis Panduan Susulan Audit, Garis Panduan Follow The Public Money Audit (FPMA) dan Garis Panduan Sijil Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan.

Perdana Mentari juga berkata, pengauditan yang akan dijalankan ini adalah bertujuan bagi menangani isu tatakelola yang telah dikenal pasti dalam syarikat seperti Ketua Pegawai Eksekutif yang gagal memainkan tanggungjawab dalam pengurusan penyeliaan operasi syarikat yang menyebabkan kerugian berterusan dan juga termasuk kelemahan pemantauan kepada laporan petunjuk prestasi dan pelan strategik syarikat

 

Dalam pada itu turut hadir sama di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tarikh Input: 09/02/2025 | Kemaskini: 11/02/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (12:12:46pm-12:17:46pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]