MEMPERKASA PENTADBIRAN UNIVERSITI BERSAMA AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMPERKASA PENTADBIRAN UNIVERSITI BERSAMA AUDIT DALAM

MEMPERKASA PENTADBIRAN UNIVERSITI BERSAMA AUDIT DALAM

SERDANG 19 Feb 2021, UPM - Audit Dalam merupakan satu badan yang fungsi bebas dan berobjektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah Organisasi(PTJ) . Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia juga memberikan khidmat sokongan dan melaporkan terus pelaporan audit ke Lembaga Pengarah Universiti dan juga Jawatankuasa Audit.

Bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan dan penyampaian Bahagian Audit Dalam, mesyuarak Jawatankuasa Audit(JKA) pada tahun 2021 yang pertama telah diadakan pada 19 Februari 2021. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat kali ke 77 diadakan sejak penubuhan Bahagian Audit Dalam UPM pada tahun 1993.

Mesyuarat ini dianggotai oleh YBhg. Dato' Dr. Hasan Mad selaku Pengerusi JKA , YBrs. Pn. Norashekin Yusof selaku ahli jawatankuasa dan YBrs. Puan Hajah Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam dan merangkap Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

Jawatankuasa Audit ini juga merupakan jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menyiasat sebarang aktiviti, fungsi atau pusat tanggungjawab menurut Terma Rujukannya.Jawatnkuasa juga dibenarkan mengumpul, memperoleh maklumat yang diperlukan dari mana-mana kakitangan untuk memberi kerjasama terhadap sebarang permintaan Jawatankuasa Audit. Selain itu, JKA berkuasa meminta pegawai-pegawai Universiti hadir dan memberi keterangan dalam mesyuaratnya dan juga berkuasa meminta auditi untuk mengemukakan dan dokumen yang berhubung kait dengan perkara yang sedang disemak dan perlu maklumbalas.

 

 

Mesyuarat yang berlangsung selama 6 jam ini membincangkan dan penyelesaian keatas isu-isu berkaitan penemuan audit daripada lapan laporan audit yang dibentangkan.

Mesyuarat berakhir pada jam 03.00 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar.

 

Berita Oleh : Audit Dalam

Tarikh Input: 25/02/2021 | Kemaskini: 25/02/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdXAD~