Melagang Kualiti, Menjulang Inovasi | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Melagang Kualiti, Menjulang Inovasi

Melagang Kualiti, Menjulang Inovasi

Berita Oleh : En. Mohd Syairol Azwan bin Shabudin (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

UPM, SERDANG, 20 Nov 2024 – Telah berlangsung sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertemakan “Melagang Kualiti, Menjulang Inovasi”. Sambutan HKIP ini merupakan acara rasmi UPM yang diadakan secara dwi tahunan yang disertai oleh warga kerja UPM.

Majlis Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024 buat kali kesembilan ini adalah anjuran secara bersama antara Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Tujuan utama sambutan HKIP di UPM adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga UPM tentang pentingnya inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, serta memupuk nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerja UPM.

 

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM. Bagi merealisasikan pengamalan proses, pendekatan, dan budaya yang berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan, Bahagian Audit Dalam telah terlibat secara langsung dalam HKIP 2024 melalui penyertaan dalam pertandingan inovasi perkhidmatan.

Sebanyak 5 anugerah HKIP dipertandingkan dan Bahagian Audit Dalam merupakan salah satu peneraju Anugerah Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan.

Tahhniah! diucapkan kepada pusat tanggungjawab yang memenangi anugerah yang dipertandingkan dan penglibatan warga Bahagian Audit Dalam disepanjang majlis sambutan HKIP 2023/2024 yang dianjurkan.

Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 20/11/2024 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (10:27:24am-10:32:24am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]