Berita Oleh : Marziati Md Din, Bahagian Audit Dalam
UPM SERDANG, 7 Julai 2025 – Bahagian Audit Dalam, UPM hari ini telah menghantar seorang wakil iaitu Pn Balqis Md Ruslan untuk menyertai acara bola tampar bagi Sukan Staf UPM 2025. Acara bola tampar berlangsung dari 7 hingga 11 Julai 2025 bertempat di Gelanggang Serbaguna, Akademi Sukan UPM.
Terdapat 8 gabungan terlibat dalam semua acara yang dipertandingkan. Bahagian Audit Dalam termasuk dalam Kumpulan Gabungan 6. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah golf, sepak takraw, catur, bola sepak, bola jaring, petaque, dan futsal.
Acara perasmian Sukan Staf ini telah diadakan pada 30 Jun 2025 di Stadium UPM. Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPM YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
Walaupun nasib tidak menyebelahi Kumpulan Gabungan 6 untuk sampai ke peringkat akhir, tetapi semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pemain amatlah memberansangkan.
Tarikh Input: 24/07/2025 | Kemaskini: 24/07/2025 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.