MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

Berita disediakan oleh: En. Wan Muhammad Isam

 

Serdang, 10 Mei 2023 – Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 secara serentak yang melibatkan 13 kluster di seluruh UPM. Bahagian Audit Dalam berada di kluster D yang diadakan bersama kluster I bertempat di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Rabu turut dihadiri oleh pihak pengurusan atasan Universiti, yang mana Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman turut melawat setiap kluster bagi melihat dan sama-sama memeriahkan sambutan.

Bahagian Audit Dalam menyediakan sagu gula melaka dan kepada semua para pengunjung.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan saling mengunjungi serta beramah mesra bersama semua warga UPM. Program ini juga dimeriahkan dengan pertandingan booth tercantik.

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 01/06/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXERFAr~