Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Audit Dalam Tahun 2022 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Audit Dalam Tahun 2022

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Audit Dalam Tahun 2022

Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail 

 

Isnin, 30 Mei 2022. Bahagian Audit Dalam serta seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di universiti kampus Serdang telah meraikan sambutan Aidilfitri secara serentak. Konsep sambutan seperti ini adalah julung kalinya dilaksanakan bagi tahun ini.

 

Dengan menggunakan konsep ‘rumah terbuka’, rata-rata PTJ telah dijemput serta menjemput seluruh warga UPM untuk saling ziarah-menziarahi sambil menikmati juadah yang disediakan serta beramah mesra antara satu sama lain.

 

 

Perkara ini dilihat sedikit sebanyak dapat memupukkan lagi jalinan ukhwah antara warga UPM. Selaras dengan norma aidilfitri, warga UPM dapat menjadikan majlis ini sebagai platform untuk saling maaf bermaafan serta kenal mengenali antara satu sama lain.

 

Penulis mengharapkan serta berdoa agar hubungan yang telah terjalin erat ini dapat dikekalkan dan seluruh warga UPM dapat bekerjasama melahirkan suasana kerja harmoni dan efektif secara berterusan. 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEXWAk~