LAWATAN YBHG. PROF. DATIN PADUKA NAIB CANSELOR KE BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN YBHG. PROF. DATIN PADUKA NAIB CANSELOR KE BAHAGIAN AUDIT DALAM

LAWATAN YBHG. PROF. DATIN PADUKA NAIB CANSELOR KE BAHAGIAN AUDIT DALAM

Serdang, 20 Februari 2018- YBhg. Profesor Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Bahagian Audit Dalam UPM. YBhg. Datin Paduka Naib Canselor telah meluangkan masa selama hampir 2 jam bersama-sama dengan semua staf Bahagian Audit Dalam UPM.

Lawatan yang diadakan ke Bahagian Audit Dalam merupakan salah satu siri lawatan YBhg. Datin Paduka Naib Canselor yang telah ke seluruh entiti Universiti. Antara tujuan lawatan diadakan adalah bagi merakamkan penghargaan dan terima kasih YBhg. Datin Paduka Naib Canselor kepada seluruh warga Universiti diatas sumbangan yang telah diberikan bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai antara tahun 2016 dan 2017.  Beliau menekankan setiap warga Universiti telah memberikan sumbangan ke atas segala kecemerlangan yang telah dicapai oleh Universiti.

YBhg. Datin Paduka Naib Canselor juga menyatakan lawatan ini  adalah merupakan platform terbaik:-

  1. Bagi mengadakan pertemuan dengan semua atau seramai mungkin staf Universiti;
  2. Untuk menyampaikan aspirasi Universiti kepada semua staf;
  3. Mendapatkan input daripada semua warga Universiti bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang; dan
  4. Berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di Universiti.

Ketua Audit Dalam UPM, merakamkan kesyukuran dan penghargaan diatas kesudian YBhg. Datin Paduka Naib Canselor meluangkan masa bagi mengadakan lawatan dan berjumpa dengan semua staf  Bahagian Audit Dalam.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar YBhg. Datin Paduka Naib Canselor dengan semua staf Bahagian Audit Dalam.

 

Berita Oleh : Shahrul Azman Ramli (Pegawai Kewangan) Bahagian Audit Dalam UPM

 

Tarikh Input: 26/02/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFZVAo~