LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UPM

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UPM

Berita disediakan oleh : En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan, Bahagian Audit Dalam)

 

Ahli Jawatan Kuasa EKSA Bahagian Audit Dalam telah mengadakan satu sesi lawatan ke Pusat Perhubungan ALUMNI UPM. Tujuan lawatan ini adalah sebagai Penanda Aras Bahagian Audit Dalam UPM di dalam amalan terbaik bagi EKSA. Sesi lawatan telah diadakan pada 14 April 2023 (Jumaat) ke Pusat Perhubungan Alumni. Sesi lawatan telah dilakukan dari jam 1.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

Antara AJK EKSA yang turut bersama di dalam lawatan tersebut ialah Puan Pengerusi EKSA Bahagian Audit Dalam iaitu Puan Marziati Md. Din, Puan Farah Hananie Abd Hameed selaku Penyelaras EKSA Bahagian Audit Dalam, Setiausaha EKSA Bahagian iaitu Puan Balqis Md. Ruslan, AJK Promosi iaitu Puan Nurul Ezani Abd. Malek, En. Wan Muhammad Isam selaku JK Audit EKSA, JK latihan, Puan Nur Asyikin, En. Mohd Nasaruddin Ismail dan En. Zainal Abidin Ahmad selaku Ketuan Zon A dan B EKSA Bahagian Audit Dalam.

Lawatan pihak EKSA Bahagian Audit Dalam disantuni oleh Ahli Jawatankuasa EKSA dari Pusat Perhubungan ALUMNI yang diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri iaitu Prof Madya Dr Arba’ie Sujud, disertai oleh ahli Jawatankuasa EKSA Pusat Perhubungan ALUMNI iaitu En. Mohd. Sahrizan Md. Yatim, En. Mohamad Norfarhan Norzaini selaku Penyelaras EKSA Pusat , En. Syahid Asyraff Shamsuddin, Puan Suziana Che Wil, Puan Siti Nur ‘Ain Fesaldan Cik Nur Sahira Fahira Tahrir Adli.

Sesi aluan dan pengenalan telah disampikan oleh Tuan Pengarah sendiri bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Perhubungan Alumni manakala sesi penerangan tentang aktiviti telah disampaikan oleh En. Mohd. Sahrizan Md. Yatim. Seterusnya sesi lawatan kawasan EKSA yang terlibat telah dilakukan ole AJK EKSA Pusat ALUMNI yang terlibat mewakili setiap zon EKSA yang terlibat.

Pelbagai informasi dan maklumat telah dikongsikan oleh AJK EKSA Pusat Alumni kepada AJK EKSA BAHAGIAN Audit Dalam untuk diguna pakai sebagai idea penambaikan amalan EKSA BAHAGIAN Audit Dalam pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 02/05/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZIAb~