LAWATAN PEJABAT AUDIT DALAM UTeM DAN UMK KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN PEJABAT AUDIT DALAM UTeM DAN UMK KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

LAWATAN PEJABAT AUDIT DALAM UTeM DAN UMK KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

Berita disediakan oleh: En. Mohd Nasarudin Ismail

 

Rabu, 17 Mei 2023. Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), masing-masing telah hadir ke Universiti Putra Malaysia bagi mengadakan sesi lawatan kerja dengan Bahagian Audit Dalam UPM.

Objektif lawatan ini adalah bagi mendapat pencerahan serta mewujudkan medium perkongsian maklumat dan pengalaman dalam menangani cabaran tugas pengauditan.

Melalui lawatan ini juga, para peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra, berbincang dan berkongsi pengalaman yang secara langsung mengukuhkan lagi ukwah persaudaraan yang telah lama terjalin.

Sesi ini dilaksanakan berkonsepkan bengkel dan bertempat di ‘thinker space’ Fakulti Kejuruteraan. Konsep santai serta tenang diaplikasikan bagi memberi impak maksima dalam pencapaian objektif.

Lawatan bermula dari jam 0900 pagi dan tamat pada jam 2 petang. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan lawatan ini Berjaya mencapai objektif dengan rata-rata peserta memberikan respon serta komen yang positif.

 

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdQAL~