LAWATAN KERJA UNIT AUDIT DALAM USM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN KERJA UNIT AUDIT DALAM USM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

LAWATAN KERJA UNIT AUDIT DALAM USM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

Berita disediakan oleh : Puan Nor Anidah Rosli (Penolong Akauntan)

 

SERDANG, 11 Ogos 2022 – Seramai 8 orang delegasi daripada Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Audit Dalam UPM pada 11 Ogos 2022. Delegasi USM diketuai oleh Encik 'Ubaidillah Bin Ozmin selaku Ketua Audit Dalam USM bersama 7 orang kakitangan.

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan penggunaan COSO Framework dalam tugasan audit dan pengalaman Bahagian Audit Dalam UPM berkaitan Quality Asurance Review (QAR) yang telah dilaksanakan

Seterusnya perkongsian ilmu diteruskan dengan perkongsian pengalaman berkaitan pengauditan sumber manusia yang terdiri daripada perkhidmatan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang telah dijalankan di UPM.

 

Sesi penerangan dan perkogsian ini telah dibentangkan oleh wakil Bahagian Audit Dalam yang terdiri daripada Encik Sharul Azman Ramli, Encik Mohd Azis Abdullah dan Encik Mohd Faiz Suparman yang juga merupakan ketua-ketua seksyen di Bahagian Audit Dalam, UPM.

Selepas selesai sesi perkongsian tersebut Encik 'Ubaidillah Bin Ozmin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Audit Dalam UPM diatas kesudian menerima kunjungan daripada Unit Audit Dalam, USM. Bahagian Audit Dalam UPM amat berbesar hati dapat sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan membantu mewujudkan jaringan perkongsian maklumat diantara universiti.

 

Tarikh Input: 19/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
WVLdPA:15:29