UPM SERDANG, 3 Oktober 2022 – Seramai 14 orang delegasi daripada Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Audit Dalam UPM. Delegasi UTHM diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Malek Bin Ibrahim selaku Ketua Audit Dalam UTHM bersama 13 orang kakitangan.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan penggunaan Audit Dashboard pemantauan isu-isu audit dan pengalaman Bahagian Audit Dalam UPM berkaitan kriteria penilaian risiko dan skor risiko dalam pelaporan audit yang telah dilaksanakan.
Sesi penerangan dan perkongsian ini telah dibentangkan oleh Pn. Zainora Abdul Talib(Ketua Bahagian Audit Dalam UPM) dan turut terlibat adalah Ketua-ketua Seksyen Bahagian Audit Dalam UPM iaitu Encik Sharul Azman Ramli, Encik Mohd Azis Abdullah dan Encik Mohd Faiz.
Selepas selesai sesi perkongsian tersebut Tn. Hj. Abdul Malek Bin Ibrahim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Audit Dalam UPM diatas kesudian menerima kunjungan daripada Unit Audit Dalam UTHM. Bahagian Audit Dalam UPM berharap dengan perkongsian pengalaman dan pengetahuan ini dapat membantu mewujudkan jaringan perkongsian maklumat diantara universiti.
Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.