LAWATAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UMT KE UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UMT KE UPM

LAWATAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UMT KE UPM

Oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail

 

 

SERDANG, 25 Julai 2024 (Khamis) - Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah hadir ke Universiti Putra Malaysia bagi mengadakan sesi lawatan kerja dengan Bahagian Audit Dalam UPM.

Objektif lawatan ini adalah bagi mendapat pencerahan serta mewujudkan medium perkongsian maklumat dan pengalaman dalam menangani cabaran tugas pengauditan.

Melalui lawatan ini juga, para peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra, berbincang dan berkongsi pengalaman yang secara langsung mengukuhkan lagi ukwah persaudaraan yang telah lama terjalin.

Sesi ini dilaksanakan ruang pejabat Bahagian Audit Dalam UPM serta sekitar kampus UPM Serdang seperti Muzium dan perkarangan rumah warisan.

Lawatan bermula dari jam 0900 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan lawatan ini berjaya mencapai objektif dengan rata-rata peserta memberikan respon serta komen yang positif.

 

Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 29/07/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (02:34:37pm-02:39:37pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]