Berita Oleh : Mohd Faiz Suparman
12 Februari 2025, Serdang - Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Unit Audit Dalam dan Kualiti YADIM yang diketuai oleh Puan Basheera Hj. Mohideen, Penolong Pengarah Kanan Audit dan Kualiti YADIM. Kunjungan ini disambut dengan penuh hormat oleh Ketua Audit Dalam UPM, En. Sharul Azman Ramli, bersama Ketua Seksyen Bahagian Audit Dalam.

Tujuan perbincangan adalah melibatkan penerangan struktur dan fungsi serta peranan Bahagian Audit Dalam yang menyokong pelan strategik organisasi (Universiti Putra Malaysia), keberkesanan sistem Audit Dashboard UPM dalam pemantauan isu-isu audit, amalan terbaik dalam pelaksanaan audit prestasi dan pemahaman lanjut mengenai proses audit sehingga pelaporan di samping memperkukuh hubungan profesional antara kedua-dua pihak.
Selain itu, pembangunan sistem pemantauan audit bagi setiap kerja dan proses pengauditan yang dibangunkan secara in-house oleh kakitangan Bahagian Audit Dalam menjadi topik utama dalam sesi perbincangan.
Di penghujung perbincangan, sesi pemberian cenderamata dan bergambar diadakan sebagai tanda kenangan dan mempererat hubungan profesional antara kedua-dua pihak. Majlis berakhir pada jam 5:30 petang.

Tarikh Input: 17/02/2025 | Kemaskini: 17/02/2025 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.