Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail
Jumaat, 1 Oktober 2021, Bahagian Audit Dalam melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Audit Dalam) telah melaksanakan inisiatif kendiri kerja-kerja sanitasi di keseluruhan bahagian pejabat.
Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada pagi 1 Oktober 2021 bermula jam 0730. Hanya seorang pekerja terlibat iaitu Encik Mohd Nasarudin Ismail dalam perlaksanaan berikut memandangkan ia merupakan suatu tugas mudah dan tidak rumit.
Tujuan tugas tersebut dilaksanakan awal pagi adalah bagi membolehkan ia selesai menjelang jam 0800 pagi agar tidak mengganggu perlaksanaan tugas hakiki mereka yang hadir bertugas di pejabat.
Secara keseluruhannya, pihak JKKP Audit Dalam mendapati objektif aktiviti ini tercapai dengan berjayanya mensanitasi hampir keseluruhan kawasan pejabat dan dengan harapan ia dapat membantu dalam mencegah penularan wabak covid-19 serta melahirkan persekitaran ruang kerja yang lebih bersih dan selamat. #KITAJAGAKITA
Tarikh Input: 04/10/2021 | Kemaskini: 05/10/2021 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.