KE ARAH MEMPERKASAKAN PERTANIAN : JAWATANKUASA AUDIT UPM TURUN PADANG | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KE ARAH MEMPERKASAKAN PERTANIAN : JAWATANKUASA AUDIT UPM TURUN PADANG

KE ARAH MEMPERKASAKAN PERTANIAN : JAWATANKUASA AUDIT UPM TURUN PADANG

SERDANG 20 Disember 2022, UPM – Jawatankuasa Audit UPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mad dan dianggotai oleh YBhg. Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail serta YBhg. Prof. Dr. Abu Bakar Md Sultan telah membuat lawatan ke kawasan ladang pertanian UPM yang diuruskan oleh Pusat Pertanian Putra (PPP), Fakulti Pertanian (FP) dan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP).

 

Selari dengan Matlamat 4 : Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan yang dibuat penetapan dalam Plan Strategik UPM 2021-2025, lawatan Jawatankuasa Audit ke kawasan ladang UPM bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pengurusan aktiviti berkaitan pertanian yang dilaksanakan, penyelarasan kawasan pertanian, kemudahan mekanisasi pertanian dan teknologi pertanian terkini yang digunakan bagi merealisasikan Pelan Startegik UPM 2021-2025 terutama dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penjanaan pendapatan.

Jawatankuasa Audit telah membuat lawatan di sekitar kawasan Ladang Puchong dan Ladang Pertanian di kampus Serdang. Di antara kawasan ladang pertanian yang dilawati adalah:

Bil.

Pusat Tanggungjawab

Ladang Pertanian

1.

Pusat Pertanian Putra (PPP)

  1. Kemudahan Ternakan Akuakultur, Ladang Puchong;
  2. Kawasan dusun buah-buahan, Ladang Puchong;
  3. Kawasan ternakan Ladang 16; dan
  4. Kawasan ternakan Ladang 14                                               

2.

Fakulti Pertanian (FP)

  1. Stesyen Penyelidikan Akuakultur, Ladang Puchong; dan
  2. Kawasan tanaman dan ternakan Ladang 15

3.

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)

Kawasan pengajaran, tanaman dan ternakan Ladang 10B

Tarikh Input: 21/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETIAj~