Ke Arah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Ke Arah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Ke Arah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

SERDANG, Khamis, 16 Januari 2020, Pusat Jaminan Kualiti telah mengadakan program Training of Trainers (TOT) bagi Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Universiti Putra Malaysia bertempat di Putra Learning Space, Aras 2, Bangunan  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Tujuan program diadakan adalah untuk persediaan ke arah peralihan sepenuhnya daripada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada EKSA pada tahun 2021,

 

Program disertai oleh 21 orang yang terdiri daripada Fasilitator atau Penyelaras Amalan Persekitaran Berkualiti Pusat Tanggungjawab yang telah dikenal pasti.

 

Program telah dikendalikan oleh tenaga pakar (Champion EKSA) daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pn. Mazzleza Ab Wahab.

 

EKSA merupakan salah satu projek bitara MAMPU yang telah dibangunkan dan dilaksanakan dalam sektor awam sekitar tahun 2013 lagi. Antara objektif yang disasarkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, meningkatkan imej korporat dan mewujudkan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.

Tarikh Input: 19/02/2020 | Kemaskini: 19/02/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEXQAc~