Berita disediakan oleh : Mohd Syairol Azwan Shabudin. Pegawai Kewangan (Audit).
UPM Serdang, Jun 7 2024 - Telah berlangsung, Karnival Keterjaminan Makanan 2024 yang julung kali diadakan bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

Karnival tersebut diadakan bagi tujuan pelancaran Blueprint Keterjaminan Makanan oleh UPM. Disamping itu terdapat aktiviti yang dianjurkan oleh UPM diantaranya adalah demonstrasi pertanian bandaran, pameran berfokus kepada tanaman, penternakan dan teknologi semasa serta jualan produk pertanian.
Pelancaran Blueprint tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan juga YB Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir . Blueprint tersebut bertemakan PUTRA Pertanian untuk Rakyat.

Bahagian Audit Dalam turut menyertai karnival tersebut sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap program yang dianjurkan oleh UPM. Staf Bahagian Audit Dalam yang terlibat secara langsung sebagai pegawai pengiring adalah Puan Nur Miera Kamarudin, Puan Marziati Md. Din dan juga Encik Mohd Faiz Suparman.
Staf Audit Dalam juga turut terlibat di dalam sesi forum yang turut diadakan pada pagi tersebut yang bertajuk Inklusiviti UPM Menyubur Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Forum tersebut dibarisi panel yang diwakili oleh TKSU KPKM, Naib Canselor UPM, Ketua Pegawai Kewangan Farm Fresh dan dikendalikan oleh Pengarah ITAFoS UPM.

Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 10/06/2024 | nurmiera

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.