Jom Kitar Semula | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Jom Kitar Semula

Jom Kitar Semula

Berita disediakan oleh : Pn. Marziati Md Din (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG (28 Oktober 2021): Masjid UPM dengan kerjasama daripada Alam Flora Sdn Bhd telah mengadakan HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR MASJID UPM. Kempen terbuka kepada semua warga UPM untuk menikmati insentif tunai dan juga mata ganjaran Petronas Mesra dengan menjual barangan kitar semula.

Bertempat di Perkarangan Masjid UPM, program diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan juga diadakan secara pandu lalu.

3R ON WHEELS (3RoW) merupakan inisiatif daripada Kumpulan Alam Flora dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebuah kenderaan yang mempromosikan kitar semula yang mana digunakan dalm pelbagai promosi dan aktiviti kutipan barangan kitar semula.

Warga Bahagian Audit Dalam, UPM sama-sama menyokong program kitar semula ini dengan membawa barangan kitar semula yang telah dikumpulkan dalam tong kitar semula di PTJ untuk jualan.

Cerderamata juga telah diberikan oleh pihak Kumpulan Alam Flora kepada pengunjung kenderaan promosi Alam Flora iaitu buku dan beg yang dihasilkan daripada barangan kitar semula.

Tarikh Input: 29/10/2021 | Kemaskini: 29/10/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETKAJ~