Jangan Buang, Kitar Semula Pakaian Anda | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Jangan Buang, Kitar Semula Pakaian Anda

Jangan Buang, Kitar Semula Pakaian Anda

Berita disediakan oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek (Pen. Akauntan)

 

UPM Serdang, 29 Ogos 2022- Persatuan Pentadbir UPM telah menganjurkan Program Pengumpulan Pakaian Terpakai yang bertempat di Masjid UPM. Tempoh pengumpulan adalah dari 14 Julai 2022 sehingga 4 September 2022 . Program kali ini, barangan yang diterima bukan sahaja daripada kategori pakaian, malah pihak penganjur turut menerima barangan berasaskan fabrik seperti langsir, cadar, selimut serta mainan. Bahagian Audit Dalam telah mengambil peluang untuk menyertai program tersebut dan berjaya mendapatkan sumbangan pakaian terpakai dari kalangan staf Bahagian Audit Dalam. Sebanyak 7 buah beg pakaian terpakai telah berjaya dikumpulkan dan dihantar ke lokasi pengumpulan pada 29 Ogos 2022.

 

 

 

Ia merupakan inisiatif Bahagian Audit Dalam bagi menyokong amalan go green yang diterapkan oleh UPM. Sumbangan pakaian terpakai ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembuangan pakaian di tempat pembuangan sampah malah dapat memberi kekemasan kepada rumah sendiri. Tambahan pula pakaian yang boleh dikitar adalah termasuk pakaian yang tidak elok.

 

 

 

Diharap program seperti ini dapat dilakukan secara berkala setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dikalangan staf bagi mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 12/09/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUSAi~