Jana Pendapatan Dari Minyak Terpakai | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Jana Pendapatan Dari Minyak Terpakai

Jana Pendapatan Dari Minyak Terpakai

Oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek 

 

UPM Serdang, 31 Mei 2024 – EKSA Bahagian Audit Dalam telah mengadakan program pengumpulan minyak terpakai sebagai salah satu usaha untuk melestarikan alam sekitar. Program ini telah dijadikan acara tahunan oleh EKSA Audit Dalam dan kali ini sebanyak 46.6kg minyak masak telah berjaya dikumpulkan.

      

Minyak masak yang dikumpul telah dijual di Pusat Kitar Semula Presint 9 Putrajaya.Jualan minyak kali ini dapat meraih pendapatan sebanyak RM147.25.

Jika sebelum ini minyak masak terpakai dibuang begitu sahaja, kini bahan berkenaan boleh dijadikan sumber pendapatan dan sekali gus membantu mengurangkan pencemaran. Diharap program ini akan diteruskan lagi dan mendapat sambutan yang lebih baik dari warga Audit Dalam.

 

 

Tarikh Input: 05/06/2024 | Kemaskini: 05/06/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
Z, (08:52:00pm-08:57:00pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]