HALATUJU KETUA AUDIT DALAM BAHARU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » HALATUJU KETUA AUDIT DALAM BAHARU

HALATUJU KETUA AUDIT DALAM BAHARU

Berita Disediakan Oleh : Siti Noratyirah Kamit, Bahagian Audit Dalam UPM

 

Universiti Putra Malaysia, 10 Januari 2025 - Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Audit Dalam Bil.1/2025 pada pagi Jumaat. Mesyuarat ini diadakan secara khas bagi membincangkan penstrukturan semula organisasi dan agihan tanggungjawab, susulan pelantikan Ketua Audit Dalam baharu. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2025, di mana ia memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuhan peranan setiap seksyen di Bahagian Audit Dalam.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Audit Dalam yang baharu, Encik Sharul Azman bin Ramli, bertujuan untuk memperkenalkan struktur organisasi yang lebih teratur dan sistematik bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan operasi audit di UPM. Dalam mesyuarat tersebut, Encik Sharul Azman menekankan kepentingan penstrukturan semula ini dalam usaha untuk menyelaraskan tugasan yang lebih spesifik kepada staf audit dalam mengikut seksyen yang diberikan.

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah pengagihan semula tanggungjawab dalam kalangan staf audit dalam, serta penetapan tugas dan sasaran utama untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam bekerja dan setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan prinsip integriti yang tinggi. Mesyuarat kali ini turut memberi ruang kepada semua staf audit dalam untuk menyuarakan pandangan dan cadangan dalam mengukuhkan lagi mutu kerja di Bahagian Audit Dalam dan sebarang masalah dapat diatasi dengan lebih efisien.

 

Mesyuarat ini juga menandakan satu permulaan yang positif bagi tahun 2025, dengan harapan agar segala perubahan yang dilakukan dapat membawa impak yang lebih baik kepada keseluruhan pengurusan di Bahagian Audit Dalam UPM.

Tarikh Input: 13/01/2025 | Kemaskini: 13/01/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
S, (03:27:00am-03:32:00am, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]