Gotong Royong Dekorasi Hari Raya | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Gotong Royong Dekorasi Hari Raya

Gotong Royong Dekorasi Hari Raya

Berita Disediakan Oleh : Raja Ahmad Faris Bin Raja Shahrulzaman

 

Serdang, 13 Mac 2026 - Selaras dengan pembudayaan EKSA yang menekankan kreativiti dan kelestarian, warga Bahagian Audit Dalam telah berjaya melaksanakan dekorasi Aidilfitri menggunakan bahan kitar semula. Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja memeriahkan suasana perayaan, malah memperkukuh semangat kerjasama dan inovasi dalam kalangan kakitangan.

Dekorasi pada tahun ini yang bertemakan orang kampung diperbuat oleh bahan kitar semula seperti kotak, kertas dan balang kuih raya sebagai hiasan merangkumi replika ketupat, bunga dan lain lain.

Diharap aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan warga Audit Dalam dan memupuk semangat kerja berpasukan. Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 

 

Tarikh Input: 16/03/2026 | Kemaskini: 02/04/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (06:31:48pm-06:36:48pm, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]