Dekorasi Raya Pejabat Guna Bahan Kitar Semula | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Dekorasi Raya Pejabat Guna Bahan Kitar Semula

Dekorasi Raya Pejabat Guna Bahan Kitar Semula

Berita Disediakan Oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed | Akauntan

 

Serdang, 21 Mac 2025 – Menjadi tradisi di Bahagian Audit Dalam setiap tahun untuk menyediakan dekorasi raya bagi memeriahkan sambutan Syawal. Melalui aktiviti gotong royong EKSA, warga Audit Dalam telah berjaya menghiasi pejabat menggunakan bahan kitar semula seiring dengan pembudayaan EKSA iaitu menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.

 

Dekorasi raya ini menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, kertas dan balang kuih raya sebagai hiasan merangkumi replika ketupat, bulan dan Menara Kuala Lumpur.

Diharap aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan warga Audit Dalam dan memupuk semangat kerja berpasukan. Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Tarikh Input: 08/04/2025 | Kemaskini: 08/04/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (07:17:37am-07:22:37am, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]