Deep Dive Session 1.0 : Jaringan Industri Dan Masyarakat | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Deep Dive Session 1.0 : Jaringan Industri dan Masyarakat

Deep Dive Session 1.0 : Jaringan Industri dan Masyarakat

 

Berita Disediakan Oleh : Wan Muhd Isam, Bahagian Audit Dalam UPM

 

 

Serdang - Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Program Deep Dive Session 1.0 Bersama Pakar sebagai inisiatif bagi meningkatkan kefahaman yang lebih menyeluruh terhadap proses kerja utama di Pusat Tanggungjawab.

Sesi perkongsian ini menampilkan barisan penceramah iaitu Cik Nor Azizah Tamsi, Puan Shamriza Shari dari Pejabat Ketua Pentadbiran Jaringan Industri dan Masyarakat, Puan Nor Hayati Mohamad Darus dari CiRNeT serta Puan Khadzamah Khalid dari UCTC.

Dalam sesi tersebut, para penceramah telah berkongsi penerangan berkaitan proses kerja serta garis panduan pelaksanaan jaringan komuniti dan jaringan industri.

Perkongsian ini memberi gambaran yang lebih jelas kepada staf mengenai tatacara pelaksanaan serta aspek tadbir urus yang berkaitan.

Penganjuran program ini diharap dapat merapatkan jurang pemahaman antara juruaudit dan PTJ, sekali gus menyokong pelaksanaan audit yang lebih berfokus dan memberi nilai tambah kepada universiti.

Tarikh Input: 16/02/2026 | Kemaskini: 02/03/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
Z, (03:39:04pm-03:44:04pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]