Cabaran Tadbir Urus Universiti | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Cabaran Tadbir Urus Universiti

Cabaran Tadbir Urus Universiti

SERDANG 29 SEPTEMBER 2020 - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan syarahan eksekutif berkaitan Cabaran Tadbir Urus Universiti. Program ini diadakan bagi menerapkan dan meningkatkan kesedaran dikalangan pegawai universiti berkaitan kepentingan amalan tadbir urus yang baik.

 

Ucaptama syarahan in telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Syarahan Eksekutif ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit selaku Ahli Lembaga Pengarah UPM dan Pegawai Kanan Universiti Putra Malaysia.

 

 

Dalam ucaptama Dr Mohd Zabri Yusoff, beliau menerapkan supaya pengukuhan amalan tadbir urus diterapkan dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan, agensi perlu melihataspek tadbir urus, prestasi dan pematuhan.

 

Zabri juga memaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi dibawah Menterinya telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Pemantapan Tadbir Urus Universiti Awam yang dikenali sebagai MANTAP IPTA pada 7 Julai 2020 yang membangkitkan 9 isu-isu kritikal dibawah perhatian MANTAP. Antaranya kemampanan kewangan , perbelanjaan melebihi peruntukan, rizab tunai universiti yang tidak mampan, prestasi tadbir urus anak syarikat induk, prestasi KPI UA, teguran Jabatan Audit Negara, isu perihal Tanah di UA yang melibatkan Tanah Persekutuan (PTP), keperluan peruntukan bagi projek baharu dan isu kelewatan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) UA.

 

Pengakhiran program syarahan telah diakhiri oleh Puan Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam. Dalam ucapan pengulungan beliau, Bahagian Audit Dalam telah melancarkan diagnostik pengurusan kewangan bagi membantu pusat tanggungjawab di UPM mengenalpasti tahap pengurusan kewangan PTJ masing-masing.

Tarikh Input: 15/10/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETOAl~