BENGKEL TEKNIK MENGESAN AKTIVITI FRAUD ANJURAN UMPSA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BENGKEL TEKNIK MENGESAN AKTIVITI FRAUD ANJURAN UMPSA

BENGKEL TEKNIK MENGESAN AKTIVITI FRAUD ANJURAN UMPSA

Berita Disediakan Oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail, Bahagian Audit Dalam

 

Rabu, 15 Oktober 2025. Semua staf Bahagian Audit Dalam UPM menghadiri sebuah bengkel ilmiah yang diadakan secara atas talian bertajuk, Teknik Mengesan Aktiviti Fraud (Perkongsian Kes) anjuran Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)

Objektif bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan terhadap teknik asas pengenalpastian aktiviti ‘froud’ dan ‘scam’ melalui kajian kes. Penerangan berkenaan disampaikan oleh pihak SPRM, En Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.

Melalui bengkel ini juga, para peserta diberi kesempatan untuk berbincang dan berkongsi pengalaman yang secara langsung mengukuhkan lagi ukwah persaudaraan yang telah lama terjalin.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bengkel ini berjaya mencapai objektif dengan rata-rata peserta memberikan respon serta komen yang positif.

Tarikh Input: 30/10/2025 | Kemaskini: 30/10/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (02:58:15pm-03:03:15pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]