BENGKEL PENILAIAN KENDIRI DIAGNOSTIK PENGURUSAN KEWANGAN PTJ | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BENGKEL PENILAIAN KENDIRI DIAGNOSTIK PENGURUSAN KEWANGAN PTJ

BENGKEL PENILAIAN KENDIRI DIAGNOSTIK PENGURUSAN KEWANGAN PTJ

Berita disediakan oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek (Penolong Akauntan, Bahagian Audit Dalam)


Serdang, 10 April- Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Bengkel Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan PTJ di Makmal Komputer Zetta, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Bengkel yang berlangsung selama 4 hari dihadiri oleh wakil dari semua PTJ UPM.


Bengkel di beri taklimat oleh Ketua Audit Dalam, Pn Zainora Abdul Talib berkata tujuan bengkel diadakan untuk meningkatkan kefahaman pentadbir dan pegwai yang bertanggungjawab ke atas tugas kewangan di PTJ mengenai pematuhan ke atas tugas kewangan di PTJ mengenai pematuhan ke atas peratura-peraturan kewangan ke arah pengurusan kewangan yang lebih cekap dan efisien. Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu pentadbir dan pegawai yang bertanggungjawab ke atas tugas kewangan tatacara penggunaan diagnostic dan kaedah menginput data serta memuatnaik dokumen secara hands-on

Bahagian Audit Dalam telah membangunkan aplikasi ringkas diagnostik kewangan untuk setiap PTJ. PTJ perlu membuat penilaian kendiri pengurusan kewangan PTJ masing-masing dengan mengisi aplikasi ringkas tersebut yang berada laman web audit dalam.

Penilaian diagnostik kewangan diadakan setiap tahun, walaubagaimanapun pada tahun ini bengkel diadakan untuk membantu PTJ memandangkan kriteria yang perlu diisi berbeza dengan penilaian pada tahun sebelum. Terdapat 7 elemen yang perlu diisi oleh PTJ iaitu pengurusan organisasi. Pengurusan penerimaan, pengurusan Perolehan, pengurusan akaun amanah, pengurusan aset, pengurusan stor dan pengurusan kenderaan. Penilaian diagnostik ini perlu dilengkapkan dan dikemukakan secara atas talian sebelum atau pada 30 Jun 2023.

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETEAa~