Bengkel Pemerkasaan Data Analitik Melalui Power BI. | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Bengkel Pemerkasaan Data Analitik Melalui Power BI.

Bengkel Pemerkasaan Data Analitik Melalui Power BI.

Bengkel Pemerkasaan Data Analitik Melalui Power BI.

Berita disediakan oleh : Nur Miera Binti Kamarudin

 

UPM Serdang , 3 dan 4 November 2025 –  Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Data Analitik Melalui Power BI selama 2 hari bertempat di Putra Future Classroom (PFC), Fakulti Pengajian Pendidikan.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, iaitu Ts. Mohd Afiq Rusly dan dibantu oleh Puan Syafiqah Nabilah Jamali sebagai fasilitator. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Audit Dalam.

 

 

Program pembelajaran merangkumi penggunaan Power Query bagi tujuan pembersihan dan penyediaan data sebagai asas kepada visualisasi dan analisis dalam Power BI. Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh amalan analitik sedia ada serta memperluas pendekatan visualisasi data dalam tugasan audit.

 

Bengkel ini diakhiri dengan pemberian cenderamata dan sesi bergambar bersama penceramah. Semoga ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada para peserta bengkel dan dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan analisis data.

Tarikh Input: 05/11/2025 | Kemaskini: 05/11/2025 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (03:48:01am-03:53:01am, 04 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]