Bengkel Pelan Strategik Bahagian Audit Dalam Tahun 2026 | BAHAGIAN AUDIT DALAM audit
» BERITA » Bengkel Pelan Strategik Bahagian Audit Dalam Tahun 2026

Bengkel Pelan Strategik Bahagian Audit Dalam Tahun 2026

Berita Disediakan Oleh : Wan Muhd Isam, Bahagian Audit Dalam UPM

 

Serdang, 28 Januari 2026 - Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Bahagian Audit Dalam pada 28 Januari 2026, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Bilik Tutorial 2, Fakulti Pengajian Pendidikan.

Bengkel ini bertujuan untuk menilai pencapaian semasa, mengenal pasti cabaran serta merangka hala tuju dan keutamaan strategik Bahagian Audit Dalam bagi tempoh perancangan tahun 2026 selaras dengan keperluan tadbir urus universiti dan Global Internal Audit Standards (GIAS).

Bengkel telah dilaksanakan melalui dua sesi utama, iaitu:

Sesi 1 : melibatkan penyertaan semua staf Bahagian Audit Dalam bagi mendapatkan pandangan dan input menyeluruh.

Sesi 2 : melibatkan ketua seksyen bagi perbincangan yang lebih terperinci dan berfokus.

Bengkel ini merupakan langkah penting ke arah pemantapan perancangan strategik serta pengukuhan peranan Bahagian Audit Dalam dalam tadbir urus universiti.

Tarikh Input: 29/01/2026 | Kemaskini: 29/01/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (04:32:33am-04:37:33am, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]