BAHAGIAN AUDIT DALAM JOHAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BAHAGIAN AUDIT DALAM JOHAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN

BAHAGIAN AUDIT DALAM JOHAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN

 

Serdang,  22 November 2019, sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019 telah diadakan dengan suasana meriah di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan temanya “Kreativiti disemai, Inovasi dituai”.

 

 

Objektif Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) adalah :

  1. Meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;
  2. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;
  3. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan;
  4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Terdapat 14 nama anugerah/ hadiah yang dipertandingkan. Bahagian Audit Dalam telah menyertai beberapa kategori anugerah/hadiah seprti berikut :

 

  1. Hadiah Sudut Bacaan READ@UNI UPM (baharu diperkenalkan tahun 2019)
  2. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja
  3. Anugerah Inovasi Perkhidmatan
  4. Anugerah Pengurusan Laman Web
  5. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  6. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran

 

Bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan, Bahagian Audit Dalam telah menghantar 3 projek iaitu :

 

  1. Projek Am-Dash oleh kumpulan i-AD
  2. Projek i-Presence oleh kumpulan The Deen
  3. Projek Sistem Pengurusan Risiko Operasi UPM oleh Kumpulan Putra Q (gabungan Bahagian Audit Dalam dan Pusat Jaminan Kualiti).

 

 

 

 

Secara keseluruhannya, Bahagian Audit Dalam telah berjaya mendapat tempat pertama(Johan) dalam kategori Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran dengan mendapat 5 bintang dan juga mendapat tempat pertama kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Pengurusan) oleh Kumpulan Putra Q (gabungan Bahagian Audit Dalam dan Pusat Jaminan Kualiti).

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Audit Dalam dan semua PTJ yang turut menerima anugerah/hadiah pada hari tersebut. Semoga komitmen dan usaha ini berterusan dan kemenangan yang diterima dapat memberikan lagi motivasi dan inspirasi pada masa akan datang. 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/11/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFZXAn~