AUDIT KENDIRI 5S INTER ZON BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » AUDIT KENDIRI 5S INTER ZON BAHAGIAN AUDIT DALAM

AUDIT KENDIRI 5S INTER ZON BAHAGIAN AUDIT DALAM

AUDIT KENDIRI 5S INTER ZON BAHAGIAN AUDIT DALAM

 

SERDANG,16 Ogos 2019 – Bahagian Audit Dalam telah menjalankan Audit Kendiri  5S Inter Zon yang melibatkan 4 Zon iaitu Zon A,B,C dan D. Audit Kendiri ini dilaksanakan sebagai persediaan sebelum Penilaian 5S oleh Audit Luar yang dijadualkan diadakan pada 21 dan 22 Ogos 2019.

 

Audit Kendiri  ini diketuai oleh Encik Wan Muhammad Isam bin Wan Ismail selaku ketua juruaudit dan dibantu oleh juruaudit yang dilantik mewakili zon iaitu Puan Nurul Ezani Abdul Malek selaku Ketua Zon D,Puan Nur Asyikin Yusoff wakil Ketua Zon A,Puan Noraini Nordin merangkap Ketua Zon B dan Puan Farah Hanim Roslan selaku Ketua Zon C. Audit Kendiri yang bermula pada jam 3.00 petang ini berakhir pada jam 4.30 petang. Pemeriksaan dilakukan ke atas semua kawasan yang berada dalam zon.

Pemenang bagi Audit Kendiri 5s Inter Zon dimenangi oleh Zon D yang mendapat markah tertinggi sebanyak 89 markah diikuti oleh Zon A yang mendapat markah sebanyak 88 markah. Zon C dan Zon C masing-masing mendapat markah sebanyak 83 dan 44.

 

 

 

 

 

 

 

                                         

 

 

                                                              

 

                                                                  

 

 

                                                                       

 

 

 

 

 

 

 

Hasil dari Audit Kendiri ini diharapkan setiap staf dapat membuat penambaikan untuk zon masing-masing sebelum Penilaian 5S oleh Audit Luar.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdJAw~