AUDIT KE ARAH KELESTARIAN ORGANISASI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » AUDIT KE ARAH KELESTARIAN ORGANISASI

AUDIT KE ARAH KELESTARIAN ORGANISASI

Berita Oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed, Bahagian Audit Dalam

 

PUTRAJAYA, 29 September – Majlis Ketua-Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam melalui Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi (JPK) telah mengajurkan Kursus Environmental, Social, And Governance (ESG) dan Pelaporan Kemampanan 2025 pada 25 dan 26 September 2025 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Kursus ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Juruaudit Dalam daripada universiti awam.

Dengan tema Audit Ke Arah Kelestarian Organisasi, kursus ini disampaikan oleh penceramah Dr. Nurmazilah binti Dato’ Mahzan, Penganalisis ESG Bertauliah yang merupakan ahli Integrated Reporting and Connectivity Council dibawah IFRS Foundation serta mantan Ahli Berkuasa di Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Beliau telah berkongsi kepakaran serta pengalaman khususnya berkaitan pematuhan dan akauntabiliti awam dalam mengurus risiko ESG – Alam Sekitar (Environment), Sosial (Social) dan Tadbir Urus (Governance) serta pelaporan kemampanan yang kini menjadi komponen penting dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti institusi kepada kerajaan dan masyarakat.

Kursus ini telah berjaya memberi pendekatan dan pemahaman pengauditan ESG kepada peserta termasuk pelaksanaan audit bertema seperti audit jejak karbon, pengurusan tenaga dan pengurusan sisa serta diharap berupaya membantu universiti mencapai objektif SDG dan reputasi sebagai institusi mampan.

 

Tarikh Input: 29/09/2025 | Kemaskini: 29/09/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (07:21:13pm-07:26:13pm, 20 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]