Oleh : Jawatankuasa Promosi EKSA Audit Dalam UPM
SERDANG 19 Jan 2024 - EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam. Langkah ini selaras untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kreativiti dan inovasi.
Bagi memastikan tahap pembudayaan yang kreatif dan inovatif dalam kalangan warga Audit Dalam UPM, Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam telah menjemput dua orang Juruaudit EKSA (penilai luar) iaitu Puan Noorhayati Fazlul Haque dari Putra Science Park dan Puan Nudia Che Man dari Pejabat Bursar untuk melaksanakan penilaian ke atas tahap komitmen dan pelaksanaan EKSA dikalangan warga Audit Dalam.
Penilaian Luar EKSA ini dimulakan dengan penerangan pelaksanaan EKSA di Bahagian Audit Dalam oleh Ketua Audit Dalam, Puan Zainora Abdul Talib di bilik mesyuarat Bahagian Audit Dalam. Penilaian telah dilaksanakan di sekitar kawasan Bahagian Audit Dalam pada jam 09.00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Pemarkahan telah diberikan menerusi sesi penilaian dan secara keseluruhannya, pemarkahan yang diperolehi oleh Bahagian Audit Dalam dalam sesi penilaian luar kali ini adalah 99.05% dan memenuhi keperluan EKSA yang ditetapkan oleh UPM.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas penilaian yang dibuat oleh Juruaudit yang dilantik dan warga Bahagian Audit Dalam UPM yang sentiasa komited dan menyokong penuh pelaksanaan EKSA serta sentiasa aktif mengamalkan persekitaran EKSA dalam tugasan harian dari semasa ke semasa disamping penerapan moto UPM iaitu ”Berilmu Berbakti”.
Tarikh Input: 28/01/2024 | Kemaskini: 30/01/2024 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.