ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN ANUGERAH SETIA PUTRA TAHUN 2024 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN ANUGERAH SETIA PUTRA TAHUN 2024

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN ANUGERAH SETIA PUTRA TAHUN 2024

Oleh : Pn. Marziati Md Din (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG 28 Mei 2024 – Universiti Pura Malaysia telah mengadakan Majlis Gemilang Putra (MGP) bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pendaftar, YBrs. En Muhazam Mansor dan disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor, UPM.

 

Majlis ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada tenaga kerja yang telah berusaha bersungguh- sungguh menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada organisasi. Tema Hari Pekerja 2024 peringkat Kebangsaan iaitu ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ merupakan signifikan yang penting bagi kita semua dalam melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi berkompetensi untuk berinovasi.

 

Encik Mohd Faiz Suparman telah dipilih sebagai salah seorang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 daripada Entiti Pejabat Naib Canselor, manakala Pn Zainora Abdul Talib dan Encik Sharul Azman pula masing-masing telah menerima Anugerah Setia Putra.

 

Dengan penghargaan ini warga UPM keseluruhannya akan terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dan menunjukkan prestasi kerja yang berprestasi tinggi, berintegriti dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan seharian. Majlis Gemilang Putra telah tamat pada jam 1petang.

Tarikh Input: 30/05/2024 | Kemaskini: 30/05/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (03:15:53pm-03:20:53pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]