Oleh : Pn. Nor Anidah Rosli (Penolong Juruaudit Kanan, Bahagian Audit Dalam)
UPM SERDANG, 4 Februari 2022 – Bahagian Audit Dalam(UPM) telah mengadakan Sesi Perkongsian - Data Analytics User Group 2022 di Perpustakan Sultan Abdul Samad, UPM.
Acara tersebut telah disertai oleh staf Bahagian Audit Audit dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sesi perkongsian telah diadili oleh En 'Ubaidillah Bin Ozmin (Ketua Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia), En. Ishak Md Saboo (Ketua Audit, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Mazlina (Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM).
Kumpulan Audit yang mendapat markah tertinggi akan dipilih untuk mewakili Bahagian Audit Dalam (UPM) ke User Group Data Analytics Sharing Session 2022 yang akan diadakan diUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIIM) pada 8 Februari 2022.
Berdasarkan kriteria yang telah ditetapakn kumpulan 2 yang terdiri daripada En Mohd Azis Abdullah, Puan Nur Miera Kamarudin dan Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed telah dipilih untuk mewakili Bahagian Audit Dalam, UPM.
Ketua Bahagian Audit Dalam, Pn Zainora Abdul Talib merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa sesi perkongsian.
Tarikh Input: 17/02/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.