Persediaan Pematuhan Baharu Piawaian Global Internal Audit Standards | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Persediaan Pematuhan Baharu Piawaian Global Internal Audit Standards

Persediaan Pematuhan Baharu Piawaian Global Internal Audit Standards

Carian artikel oleh : En. Mohd Azis Bin Abdullah

 

The Institute of Internal Auditors (IIA) telah menerbitkan satu alat baharu untuk membantu Ketua Audit Dalam dan fungsi audit dalaman bagi melaksanakan penilaian pematuhan Global Internal Audit Standards yang baharu sebelum tarikh kuat kuasa iaitu 9 Januari 2025. Alat Penilaian Kesiapsiagaan Pematuhaan (Conformance Readiness Assessment Tool) ini mengenal pasti perubahan ketara antara keperluan dalam IPPF 2017 dan Piawaian 2024. Apabila digunakan bersama hasil penilaian kualiti lepas, alat ini membolehkan perbandingan antara amalan semasa fungsi audit dalaman dan keperluan baharu, bagi menilai dan memperbaiki jurang pematuhan.

 

Global Internal Audit Standards, yang diterbitkan pada 9 Januari 2024, menggabungkan kandungan daripada International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing 2017 dan panduan mandatori yang berkaitan dalam International Professional Practices Framework® (IPPF®): Code of Ethics, Core Principles for the Professional Practice of Internal Auditing, Definition of Internal Auditing, dan Mission of Internal Audit.

 

Piawaian baharu ini juga mengandungi maklumat daripada Implementation Guidance yang tidak mandatori. Alat penilaian kesiapsiagaan ini mengenal pasti perubahan ketara antara keperluan IPPF 2017 dan Piawaian 2024 bagi membantu Ketua Audit Dalam dan pasukan mereka melaksanakan piawaian baharu serta membuat persediaan untuk penilaian kualiti sebelum tarikh kuat kuasa 9 Januari 2025. Apabila digunakan bersama dengan hasil penilaian kualiti lepas, alat ini membolehkan perbandingan antara amalan semasa audit dalaman dengan keperluan baharu untuk menilai dan memperbaiki jurang dalam pematuhan.

 

Walau bagaimanapun, alat ini bukanlah senarai menyeluruh bagi semua perubahan dari segi teks atau penekanan antara IPPF 2017 dan Piawaian 2024, dan tidak menggantikan keperluan untuk penilaian penuh terhadap pematuhan fungsi audit dalaman kepada Piawaian tersebut. Sebaliknya, alat penilaian kesiapsiagaan ini bertindak sebagai pelengkap kepada program jaminan dan penambahbaikan kualiti sedia ada.

 

Conformance Readiness Assessment Tool ini memetik kandungan daripada Piawaian, yang telah disunting untuk memberi tumpuan kepada keperluan baharu. Sebahagian teks asal telah diringkaskan atau dihuraikan semula bagi meningkatkan kegunaan dokumen. Alat ini juga mungkin menggunakan singkatan istilah yang tidak digunakan dalam teks asal Piawaian – contohnya, “CAE” bagi menggantikan “Ketua Audit Dalam”. Untuk teks asal penuh, sila rujuk Global Internal Audit Standards di laman sesawang TheIIA.org/Standards.

 

Sumber : https://www.theiia.org/en/standards/2024-standards/global-internal-audit-standards/free-documents/conformance-readiness-assessment-tool

 

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (03:26:03pm-03:31:03pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]