Perkhidmatan Government Cloud | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Perkhidmatan Government Cloud

Perkhidmatan Government Cloud

LATAR BELAKANG

MyGovCloud@PDSA – Pusat Data Sektor Awam merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU bermula pada tahun 2010 dengan tujuan untuk mengkonsolidasi pusat data agensi-agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, memperkukuhkan keselamatan ICT, meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan Kerajaan. Sebagai penyedia perkhidmatan cloud kepada Agensi Sektor Awam, MAMPU telah melangkah setapak lagi untuk menyediakan perkhidmatan cloud yang komprehensif melalui Government Cloud. Government Cloud merupakan strategic collaboration antara cloud service provider (CSP) Kerajaan; MyGovCloud@PDSA dengan empat (4) Panel CSP komersil iaitu Microsoft Azure, Google Cloud, TM Cloud Alpha dan Amazon Web Services (AWS) seperti di Rajah 1, selaras dengan pengumuman YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDigital) pada 19 Februari 2021.

Government Cloud memberi peluang kepada agensi-agensi Sektor Awam untuk memanfaatkan emerging technologies seperti data analytics, artificial intelligence (AI), blockchain, internet of things (IoT), virtual/augmented reality (VR/AR) dan sebagainya bermula pada suku ketiga (Q3) tahun 2021 bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Inisiatif Government Cloud ini adalah selari dengan United Nations Sustainable Development Goals (SDG) Teras Kesembilan (9) iaitu Industry, Innovation and Infrastructure.

Rajah 1: Government Cloud yang terdiri daripada MyGovCloud@PDSA dengan Panel Cloud Service Provider (CSP)

 

 

 

 

HASIL DAN IMPAK

Adalah dijangka bahawa Perkhidmatan Government Cloud akan berjaya untuk merealisasikan sasaran yang telah digariskan dalam Blueprint MyDigital iaitu 80% penggunaan storan cloud merentasi agensi Kerajaan pada tahun 2022. Dengan ketersediaan data di persekitaran cloud, pelbagai inisiatif Kerajaan dapat dilaksanakan dengan segera secara cekap menerusi penggunaan emerging technology seperti data analytics, artificial intelligence (AI), blockchain, internet of things (IoT), virtual/augmented reality (AR/VR) dan sebagainya bagi menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan Rakyat.

Menerusi pelaksanaan perkhidmatan Government Cloud, Kerajaan dijangka akan dapat menikmati penjimatan ketara dengan perolehan secara berpusat menerusi Cloud Framework Agreement (CFA) yang akan ditandatangani dengan empat (4) CSP yang telah dilantik oleh Kerajaan. Agensi-agensi Sektor Awam bukan sahaja akan dapat menikmati diskaun secara pukal, malahan akan dapat menikmati pelbagai nilai tambah seperti latihan, kursus persijilan, transfer of technology dan sebagainya bagi mempertingkatkan kemahiran sumber manusia di agensi masing-masing.

Selain itu, perkhidmatan Government Cloud akan menyokong Cloud First Policy yang merupakan inisiatif di peringkat global yang mengutamakan penggunaan perkhidmatan cloud berbanding penggunaan perkhidmatan pusat data secara konvensional. Dengan pelaksanaan perkhidmatan Government Cloud dan pewartaan Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam 10 Jun 2021, Malaysia akan menyertai negara-negara lain di dunia yang menerapkan konsep Cloud First Policy seperti di Rajah 2.

Rajah 2: Pelaksanaan Cloud First Strategy Mengikut Negara

 

 

Sumber: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/31183

Carian Artikel oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdJAh~