Membudayakan Integriti Dan Tatakelola Yang Baik Dalam Masyarakat Malaysia Madani | BAHAGIAN AUDIT DALAM audit
» ARTIKEL » Membudayakan Integriti Dan Tatakelola Yang Baik Dalam Masyarakat Malaysia Madani

Membudayakan Integriti Dan Tatakelola Yang Baik Dalam Masyarakat Malaysia Madani

Artikel Carian Oleh : En. Wan Muhammad Isam Wan Ismail

Sumber : https://www.sprm.gov.my/index.php?page_id=103&contentid=3282&cat=BKH&language=my

 

Integriti dan tatakelola yang baik merupakan asas pentingdalam memastikan kestabilan dan kemakmuran masyarakat Malaysia Madani. Kedua nilai ini membentuk landasan kukuh untuk pembangunan yang berkesan dan mampan. Apabila sesebuah masyarakat mengamalkan integriti dan tatakelola yang baik, ia akan memberikan manfaat kepada setiap individu serta keseluruhan komuniti.

 

Integriti Sebagai Landasan Utama

Integriti merujuk kepada kejujuran diri dan amalan moralyang konsisten. Dalam konteks masyarakat, integriti melibatkan tindakan yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Budayaintegriti yang kukuh membawa kepada keyakinan dalam institusi dan pemimpin, serta membentuk asas yang stabil untuk pertumbuhan ekonomi dan sosial.

Integriti juga berkait rapat dengan kepercayaan suasana yang kondusif untuk kerjasama, perkongsian maklumat dan inovasi terbina hasil keyakinan tinggi masyarakat terhadap integriti institusi dan individu. Kepercayaan yang kukuh merupakan asas kepada hubungan antaramasyarakat, kerajaan dan sektor swasta.

 

Tatakelola Yang Baik Sebagai Penyokong Integriti

Tatakelola yang baik membawa kepada pengurusan yang berkesan dan bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi dan negara. Ia merangkumi proses, struktur dan amalan yang memastikan keadilan, ketelusan dan keberkesanan. Dalam konteks kerajaan, tatakelola yang baik merujuk kepada cara dan kaedah kerajaan menjalankan fungsi urusan awam termasuk proses pembuatan keputusan dan pengurusan sumber.

Penglibatan awam dalam proses pembuatan keputusanadalah ciri penting tatakelola yang baik. Apabila rakyat berasa bahawa mereka mempunyai akses kepada maklumat yang mencukupi dan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka, ia membentuk sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing dan bertanggungjawab. Selain itu, akauntabiliti jugamerupakan elemen penting dalam tatakelola yang baik.Institusi dan individu yang bertanggungjawab akan memastikan bahawa tindakan mereka selari dengan undang-undang dan prinsip moral masyarakat.

 

Menanam Budaya Integriti dan Tatakelola Yang Baik

Dalam memastikan pembudayaan integriti dan tatakelolayang baik, pendekatan yang menyeluruh perlu diambil. Pendidikan awam dan kesedaran perlu ditingkatkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan integriti dan tatakelola yang baik. Sekolah dan institusi pendidikanperlu memasukkan nilai-nilai ini ke dalam kurikulummereka dan kempen kesedaran awam perlu dianjurkansecara kerap untuk menyebarkan mesej ini kepada masyarakat.

Selain itu, pentadbiran yang telus dan cekap perlu diterapkan di semua peringkat, daripada peringkat tempatan sehingga ke peringkat nasional. Langkah-langkah pencegahan rasuah, pelaporan penyelewengan dan perlindungan whistleblower adalah penting untuk menggalakkan amalan integriti dan tatakelola yang baik.

 

Kesimpulan

Integriti dan tatakelola yang baik membentuk landasan penting bagi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia Madani. Budaya integriti dan tatakelola yang baik memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak, termasuk institusi kerajaan, sektor swasta, masyarakat awam dan individu. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini, masyarakat dapat mencapai kemajuan yang mampan dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada generasi akan datang.

Tarikh Input: 28/06/2024 | Kemaskini: 28/06/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (05:04:22am-05:09:22am, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]