Oleh: En. Wan Muhammad Isam Wan Ismail

20 Mei 2024, Shah Alam – Bahagian Audit Dalam telah mengadakan Lawatan Ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Raja Tun Uda, Shah Alam bermula jam 9.30 pagi.

Kami telah disambut mesra oleh wakil Pustaka Tun Uda iaitu Pn. Nazaleeza Hassan dan En. Madi Iman. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas dan berkongsi perkhidmatan yang disediakan di PPAS. Terdapat pelbagai perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di PPAS, kami turut mengambil peluang merasai pengalaman di Sound Studio dan Production Studio.

Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada hari Sabtu, 10 Disember 2011. Pembinaan perpustakaan itu dicetuskan sendiri oleh Sultan Selangor ketika kerajaan Selangor terdahulu mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju pada 2005.
Lawatan kami berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 05/09/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.