KESAN NILAI MATAWANG RINGGIT YANG MENURUN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » KESAN NILAI MATAWANG RINGGIT YANG MENURUN

KESAN NILAI MATAWANG RINGGIT YANG MENURUN

Carian Oleh : En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan)
Sumber : http://dewan.selangor.gov.my/question/kesan-nilai-matawang-ringgit-yang-menurun/

 

  1. Apakah kesan pelaburan dalam dan luar negara di Selangor daripada menurunnya nilai Ringgit?

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penurunan nilai Ringgit ketika ini, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-

Kesan Langsung.

  • Kos awalan pelaburan menjadi lebih kompetitif kepada pelabur asing kerana nilai matawang asing menjadi lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia.
  • Peningkatan kos pengeluaran kerana harga import bahan mentah yang tinggi disebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.

Kesan Tidak Langsung

  • Penutupan kilang ii. Penstrukturan syarikat bagi mengurangkan kos operasi syarikat. iii. Penangguhan perancangan pelaburan baru atau pelaburan tambahan.
  • Pengecilan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja bagi industri yang terkesan.
  • Memperlahankan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti hartanah, peruncitan, pengangkutan dan industri sokongan yang lain.

 

  1. Apakah sektor yang memberi pulangan pelaburan kepada Selangor, masa kini?

Berdasarkan statistik kelulusan projek perkilangan di Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac 2016, industri pembuatan produk berasaskan getah mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 222,795,972 Ini diikuti dengan industri pembuatan produk makanan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 203,045,450 dan industri pembuatan produk berasaskan bukan logam dengan RM 129,685,505.

  1. Apa pelan tindakan Kerajaan Selangor dalam beralih industri 'labour intensive' kepada industri 'high tech'?

Antara Pelan tindakan Kerajaan Selangor dalam beralih industri Labour Intensive kepada industri High Tech adalah seperti berikut;-

  • Menyediakan Selangor Industrial Master Plan sebagai panduan dan hala tuju pembangunan perindustrian di Negeri Selangor.

Memberi tumpuan kepada sektor – sektor industri terpilih yang berpotensi untuk berkembang di Negeri Selangor seperti;-

  • Industri Pembuatan Barangan Elektronik & Elektrik
  • Industri Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan
  • Industri Pembuatan Barangan Produk Makanan
  • Industri Pembuatan Barangan Sains Hayat (Life Sciences)
  • Industri Pembuatan Barangan Kejuruteraan & mekanikal (Machine & Machinery)
  • Menggalakkan penggunaan automasi dalam proses pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga kerja yang ramai.
  • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dan lengkap dengan infra yang menepati kehendak dan keperluan pelabur atau pihak industri.

Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdEAN~